New Page 1

êskayNET prÕ.ïV™
Who i Am ?

# Identity

nickname :eskay
Gender: wut d u think?
Occupation: record is private n confidential
Company : SKServ NET Solution
Email : mohdeskay@skserv.com
Brand : Sub , Padini
Perfume : Boss , DKNY
Food : Nasik goreng ikan masin, Spagheti Chicken Bolognise (Pizza), Char kuew Teow, Tat telur
Hobi : car, gitar, ps2, laptop... itu sahaja!!!
P/S : aku menulis apa y aku rasa, jgn cuba mempertikaikan corak penulisan mahupowm memaki, kerna aku! tidak berminat dan peduli tentang yang lain... jangan sebok sgt yea!!!;)
Web:
http://www.skserv.com
http://www.skserv.com
http://www.mobilex.net.my
ö


word can be forgotten... but MEMORIES will be cherished forever... Memory lane, a wonderful place to be when you are lonely and sad

Tak Bley Dengar ?
FREE DOWNLOAD REAL PLAYER




eskay`s weblog

Linkin . . .

Lookin 4 Me ?
mý sk`s Personal Website





online
mysk counter hits
mysk Counter Punch
rss feed

   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
 
 

mysk`s weblog

 
Wednesday, December 19, 2007

Kemajuan!i

 
  Di sini aku di sini di sebuah mahligai yang tidak seberapa indah tapi ku indahkan jua... biar terbeliak mata memandang biar tercebik bibir mengata... Ya rumahku syurga ku. *THE END*.           ENTRY BOSAN

  Ya Aidiladha bakal menjelma, aku pasti suasana di kampungku pasti riuh dengan perangan kanak2 bombastik meletup sana sini... Bising? mmg cukup bising itulah menandakan hari raya bukan saya raya puasa raya haji malas cina buta sambut qong xi pom diorang letupkan meriam... selamba... meriah yang amat, tapi aku tidak  dapat menikmati itu semua, aku sudah berumah tangga, raya kali ni aku beraya di penang di rumah mertua... bagaila agaknya suasana adakah semeriah lembu di korban d kampungku? Wallahualam.

  CALDINA. . .
 Cinta Hatiku, pertama kali aku bertentang mata dengannya sewaktu dia sedang tidur nyenyak di sebuah parkin lot sungai perak barangkali aku terlupa, hatiku meruntun gembira dgn gayanya... dan sedetik selepasnya aku terserempak dgnnya lagi dalam pelbagai warna namun tetap mantap da menarik hati, Ya CALDINA dikau telah mengetuk pintu hatiku.. * kah kah kah *... WELL Toyota CALDINA... sebuah keretai  keluaran JAPAN. Insyaallah aku akan memilikinya dalam masa terdekat ini, aku baru saja balik dari mengusha diriNya, sungguh mantap... aku bercadang menggantikannya dengan Hyundai RXS aku, CALDINA mmg cukup sporty wow hatiku aku dan terngial-ngial ingin memilikinya... Smalam 1 malam aku membuat researh tentang CALDINA ni... dan tadi aku ke Toyota Showroom, kata salesman tu toyota malaysia mmg tidak mengambil CALDINA masuk kemesia.. yer la CALDINA kereta JAPAN keluaran tahun 2002 refreshed 2005 CALDINA GT4, Dari apa aku dapati harga pasaran di M'sia RM150k - 170k perghhh sekali ganda setengah dari Hyundai RXS aku, tapi xpa aku ingin memiliknya mungkin dalam masa terdekat ini. esok aku akan kedai itu untuk conformation. Mungkin org akan mengatakan aku belagak atau apa2 jer la.. yer la baru bulan JUN lepas aku beli Hyundai RXS sekarang slepas 5 bulan aku ingin menukar ganti dgn CALDINA, mungkin org bercakap itulah org melayu bila da ada duit sikit mula la nak beli itu dan ini membazir tak tentu hala... MUNGKIN? Tapi aku punya reason tersendiri... bagi aku tika berkempuan inilah aku ingin merasainya siapa tahu, rezeki kita entah esok lusa kan kan kan,, jadi aku tekad ingin menukar ganti dgn CALDINA.. sila lihat d bawah.. itulah buah hati terbaru aku ahaksz....

 IZZI TECHNOLOGY
  Aku baru saja menyedari tentang kewujudan IZZI ni.. sebuah lagi syarikat pengeluaran Produk Broanband a.k.a BerukBand. Sejauh mana kehebatannya aku x pasti dari review2 yang aku dapat selongkar... ia mempunyai kemampuan yang tinggi dengan kadar * 4GB wow * terperanjat beruk aku dengar.. Tapi jagan berharapan tinggi yea... Coverage stakat ini untuk kawasan Lembah Klang sahaja.!!!
Cuba sendiri kalau ingin tahu lawati www.izzi.com.my untuk keterangan lanjut. Kena bayar royalti ni IZZI coz aku promote dalam blog ni.. uhuksz.


 * Kuala Lumpur Sebuah Bandaraya Wireless? *
  Ada baca berita? aku paparkan sikit di sini sebagai reporter tidak bertauliah.

Petikan akhbar:-
Khidmat Internet percuma di seluruh kota KL


KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur bakal menjadi sebuah "bandar raya wayarles" dengan kemudahan percuma internet tanpa wayar selama dua tahun mulai pertengahan tahun depan, kata Datuk Bandar Datuk Abdul Hakim Borhan hari ini.

Beliau berkata apabila dilaksanakan kelak, kemudahan jalur lebar mudah alih seperti WiFi yang terdapat pada kebanyakan komputer bimbit masa ini, mampu dinikmati oleh 80 peratus daripada 1.5 juta warga kota.

"Projek ini adalah untuk meningkatkan kadar penggunaan 'broadband' atau jalur lebar di kediaman di Lembah Klang kepada kadar 90 peratus menjelang 2010," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) projek KL Wireless Metropolitan di sini.
 

  Macam mana ada pendapat korang? hahaha tergelak gak la aku baca artikel tu.. Well nice try.. bagus, tapi sejauh mana kemampuan dan tahap secerutian nya aku tak tahu la.. tapi hebat 1 berita yang menggemparkan aku rasa... cubaan yang menarik KL SEBUAH BANDARAYA WIRELESS &%&*#**$(*)$ hhahaha.. well bagi aku, aku rasa projek WIRELESS ni pom sebab tahun depan Malaysia kan jadi pengangjur untuk IT dunia kan.. corret me if im wrong, biasa la penuh kehipokritan. Tapi bagus aku RESPECT. Project ni berbagi pada 3 FASA sehingga 2010 yang mana FASA pertama menelan belanja sebanyak 60JUTA.

P/S : Pada hacker2 yang rasa dirinya Hacker tu bergelumung 1001 idea bernas kut yang jahat mahat wallahualam.

Sedikit Perihal Peribadi. . .
  Hikayat sebuah kehidupan... dammit aku bebetul bercelaru skang... rindukan ma la sejak bebrapa hari ini... sehingga aku nak telefon ma bersembang tapi . . . & my lil kid pom da 6 bulan, moga2 dirimu bahagia hendaknya.. x sabar menuggu kelahiran mu my dear.

 [extended entry]

Contengan pada  12/19/2007 2:44:25 am oleh eskay
Make a comment  

Saturday, December 01, 2007

Cabaran

 
  Sekian lama baru aku berkesempatan memasuki ruangan yang aku rasakan agak peribadi. Peribadi? takda la peribadi sangat sekadar ulasan tentang kehidupan yang mengalami pehijrahan secara langsung mahupom tidak langsung. Ya itu lah kehidupan yang aku alami sekarang. Bercakap tentang penghijrahan, perkara sebegini adalah nomal bagi setiap manusia. Ya. berhijrah bila kita ingin mendefinasikan maksudnya "hijrah" ianya merangkumi dari pelbagai sudut mahupom kehidupan, career dan sebagainya.

  Dan aku? ia mengalami "mutasi" dalam dunia bisnes yang telah aku setup lebih kurang setengah tahun yang lalu. alhamdullilah semakin berkembang dan selesa, (rezeki anak aku mungkin, thanks god). Dalam sebulan ini aku terdetik nak tukar sikit image blog nies kununnya la... uhuksz.. saja tukar angin menukar layout baru, bukan apa apa yang aku tgk sekarang trend menulias diary mahupom blog online dah jadi macam satu trend baru zaman sekarang. lebih2 lagi bagi perempuan, mereka menceritakan perjalanan kehidupan yang di lalui bagi tatapan pembaca. motifnya ? ntah aku pon tak tahu.Adakah ini melambangkan ketelitian kaum hawa dalam menggambarkan sikap mereka? sendiri jawab.

 Tapi sebaliknya aku lebih suka conteng benda2 teknikal dan our future life. Sepertinya sekarang minat aku terhadap dunia graphic  dan phoytogaphy semakin kencang.. mngkin suatu hari aku ingin mendalami sedikit ilmu yang sedia ada bagi kepuasan diri y sejati. Costly? ya benar aku rasa aku perlukan amout yang mencecah ribuan ringit bagi hobi/minat yang mahal ini. Dulu aku terlalu addicte pada komik speti pendekar laut. raja rimba, pedang sitiawan. menghabiskan puluhan ringgit seminggu bagi komik2, membazir? yea mungkin membazir, itulah bila bercakap mengenai hobi dan minat. sgalanya menjadi kabur dek kerana minat. bercakap pasal membazir. aku rasa sditikit sebanyak mmg timbul cuma tapi komik2 ini seperti yg ada d psaran sekarang membantu pembaca berfikir, ada unsur2 kemanusian di dalamnya.  So kalau nak cerca bahan2 sebegini. kena lah nilai kndunagn positif yang ada dlaam nya yer dok?

 Offline / Wife aku pon da masuk 5 -6 bulan kandungan tak sabar aku nantikan kelahiran sulung aku. Dengan financial sekarang aku bole bermegah dan menjamin kestabilan my lil kid nanti. Itulah rezeki Allah namanya. Sejak Bermenjak nies aku mula terfikirkan soal agama (maksud aku kearah yang lebih taat dan khusyuk mengabdikan diri padaNya) mungkin dek kerana dugaan yang aku tempuhi kebelakangan ini. Ikhlas aku katakan sejak dari lahir sampai sekarang aku bryuskur pada ma dan abah kerana membesarkan aku sebagai seorang yang bernama manusia sejati. bukan manusia bertopengkan itu dan ini. Malah kebelakangan  2 3 bulan ini selalu berfikir tentang rezeki Allah, Ketaatan agung seorang manusia pada suruhanNya, simple word hati aku terdetik dengan sesuatu yang di beri nama "TAKDIR". Sebagai hamba yang waras dan  percaya pada kekuasanNya, Aku ingat setiap ujian yang di beri ada hikmahnya. Itu di tariknya malah Ini yang di berinya. Sesuatu yang lebih baik dari apa yang di tarik olehNya. Berbalik pada blog site. ini mungkin akan tejadi pada layout baru aku nanti. bole la dari duk goyang kaki..  New Layout

  Dan tgh free takda apa2 berkaitan menarik nak aku isikan aku design satu letterhead baru bagi tujuan surat menyurat. comel x ? hahhaha astaga.

          PS2 - BURNOUT

Ya aku jarang menyentuh permainan kesukaan PS2, tapi semalam aku bersengkang mata dari pukul 11:30 sampai 3:30 pagi hanya untuk BURNOUT

Yea aku suka game ni semalam aku berjaya menUNLOCKED 8 biji kereta, Kereta terakhir sebuah Lamborghini 200 points, 42 kali TakeDown dgn calculation AfterTouch 6, Standar 32 Skill bape ntah aku terlupa.. Dapat Rank Sport Series lamborgghini aku da sakit ibu jari then pengsan (tido) perghhh.. Dasattttt dasatttt sampaikan ibu jari ke 2 2 aku rasa melecur dek penangan BURNOUT. Tapi paling brengset aku xdapat save d games coz memory card aku FULL, MAKA BENGANG YANG AMAT LAAA. . . Biasanya aku layan PES (Professional English Soccer) coz key dia senang n 3D cantik senang control dari Winning. (Wining 11 aku jahnam sebenarnya haha)

BURNOUT sebuah permainan yang lama dari tahun 2005 kalau tak silap aku. Dulu  aku ada sekali 2 pas kerja lepak KLCC penat main PS2 sket2 dekat SONY punya kedai sana. hahahaha (Maksudnya dari situ la aku kenal BURNOUT)

P/S : Pada pemain2 PS2 yang sukakan Racing bole cuba BURNOUT (ada 3 version)

 


 [extended entry]

Contengan pada  12/1/2007 5:05:41 pm oleh eskay
Make a comment  

Wednesday, October 10, 2007

Raya Ohh Rayer

Ampun & Maaf!
      Ucapan pertama, kata² ikhlas sempena Aidifitri, ku ungkapkan untuk semua. Dari hujung rambut ke hujung kaki ku junjung kemaafan pada semua, mohon dilupakan segala kesalahan di ampunkan segala kekasaran,

      Semoga di tingkat keimanan di Aidilfitri, Salam untuk diriku dan semua. Moga Aidilfitri membawa seribu makna buat anda.

SELAMAT HARI RAYA kepada -
    * Ma abah di kampung (rayer anakanda balik yeah yeah)
    * Sahabat² kenalan² yang telah ku kasari terkutuk maki, terbelasah budi, tersemua² 
       tersemua² la
    * Dan pada sesiapa saja maupom driver teksi driver bas selamat beraya.

Panggilan jemput pulang beraya, dialog seminit dari abah. . .

Abah : "Hello... bila mau sampai? (baca dengan intonasi mengada² haha) Kak na dah sampai.

Aku : err err... tengok arr, esok lusa kut bah...

Abah : hahaha. . . Jangan hari raya sampai sudah.


 [extended entry]

Contengan pada  10/10/2007 7:23:32 pm oleh eskay
Comment (1)  

Saturday, September 22, 2007

This is wut we called "VACATION"

Introduction of  vacation!

[ Part 1]

[ Part 2]
Yeah bulan ini juga aku telah membantu kerajaan dengan mengadakan cuti2 mesia, dan dengan itu aku mengishtiharkan diriku MUFLIS. Mau tidak dalam masa sebulan aku telah melancong seperti anak Tan Sri. Dalam sebulan ini pertamanya aku berangkat bersama family mentua ku ke PAHANG bagi majlis pertunangan adik isteriku, sesudah berakhirnya majlis kami melancong ke KL, di bawa plak si edi (adik isteriku) ke "downtown" maka berbelanja lah aku sewenang wenangnya (MUFLIS TAHAP 1st), then keesokannya kami pulang ke bumi penang. Even dulu aku sememangnya stay KL bandar metropolitan yang brengset itu(benci sehh KL) tapi aku tak suka akan KL.

[ Part 3]
Seminggu selepas lancongan pertama dari KUANTAN ke KL, sekali lagi aku berangkat balik ke KELANTAN kali nies majlis pertunangan abg aero (abgku) plak. Berkonvoi lah kami ke Terengganu, Sangat penat! Apakan daya adat bermasyarakat dan berkeluarga, kiranya aku ni bole di kategorikan sebagai insan yang prihatin jadi UNDILAH saya untuk pilihanraya seterusnya hahaha. OK berbalik pada lancongan ke 2, 3 hari aku menghabiskan masa di kelantan, Then dari kelantan sekali lagi aku berangkat ke KL bagi menyahut seruan kerajaan melancong lah di negera sendiri (sesungguhnya untuk ke eropah aku harus pikir 118 kali...), KL memang mata duitan, habis di kikisnya duit aku 2 hari di sana maka pengishtiharan kali ke 2 (MUFLIS TAHAP 2nd).


sesungguh aku heran lepas view balik pic yang aku bagi sedikit sentuhan apsal muka ma aku hilang? haha sorry ma ampunkan anakmu. tat gal is my bro fiance. Congratulation bro!

[ Part 4]
Inilah yang di katakan MELANCONG tahap dewa selepas ini akan ku hitungkan kerugian terhadap kesemua lancongan ini, Jadi Kerajaan seharusnya menganugerahkan pingat sebagai ANAK MALAYSIA yang patuh pada seruan NEGARA. Takda maknanya.. buang karen jer.Continue dari KL aku dan wife bermalam di Hotel sekitar KL mengumpul tenaga bagi lancongan seterusnya. Esoknya aku bergerak menekan pedal minyak selaju laju mungkin untuk menghabiskan minyak keretaku dan tambah lagi RM50 dan lagi RM50 yeahhhhhh ekonomi negara naik mendadak akibat amal jariahku terhadap negara. Seharusnya aku mendapat pujian kan ? Pujian kerna melambungkan ekonomi negara ke arah pembentukan ekonomi yang mantap. Then sampailah aku ke rumah adik wifeku. i hate to do dis thing actually but hav no choice... sememannya hatiku remuk berkecai berligar 1001 buah2 fikiran yang bangsat. Kenapa? Biarlah ia menjadi rahsia nafsu perasaan hatiku sahaja! Then kami ke uniten berjumpa adek ke 2 wife ku emy? JUMPA? owh tidak mengajak emy together with us melancong beramai2.. hebat sungguh lancongan kali ini but i do luv this crazy thing. brengset! Kami ber 5 aku and my wife "reen", edi and zura (his girlfren) and emy menluncur ke PANGKOR ISLAND, lebih kurang jam 5:30 pagi kami sampai di LUMUT, menunggu jam 6:30am untuk menaiki bot ke PANGKOR. yeah this is my 2nd time. Kali ini aku tidak melepaskan peluang melepaskan tempias nafsu haha ENJOY and MUFLIS TAHAP 3rd. agak banyak gambar2 yang aku snap untuk kesemua lancongan yang tertera di atas... aku kira aku ingin membeli camera single kit yang baru bagi sesi fotografi amateur ku haha akan ku abadikan yang lama. Then keesokannya kami berangkat pulang ke Penang.

Gambar kenangan yang sempat aku snap semasa di pangkor. Gambar aku ? x payah da belambak dalam ni!

THE END
To Be Continued. . .

Life is began. . .

Off Topic : Fuhhh penat melancong... jadi beristirehat la sewenang wenangnya, sekarang masalah pecah kepala datang kembali, wiring cyber cafe ku atau lebih di kenali sebagai CC mengalami masalah mental lagi meletup tak hingat... habis jahanam power supply aku, dalam 3 bulan ini sahaja aku telah membuang duit terhadap 7 biji power supply akibat kerosakan mental pada cabling wire. Sekarang rizal datang bagi menyelesaikan masalah aku ntah kan jadi ntahkan tidak, at least dia berilmu bab2 benda alah ini. Mengharapakan tindak balas aku bagi melakukan kerja2 cabling wire ini lain abad la kut uhuksz... Go rizal go kasi setting baik punya beb, kasi naik 220km/sejam. Jangan engkau jahnamkan lagi sudah, otak aku sudah tidak termampu menanggu masalah cabling ni.

My dear telah ku hantar ke rumah "mak" bagi membaik pulih kesihatan cc ini. And for my lil kid rasanya anak papa da 3 bulan kan akan papa azankan semerdu lunak bagi ayat pertama kelahiran mu nanti...

P/S : Kata orang tua² tak payah untuk berpuasa dan solat. Tapi ? kata si rizal "tak payah puasa dan solat" errr. . . mental kena karen ke apa budak nies.

 

TOTAL KERUGIAN MELANCONG : RIBU RIBU


 [extended entry]

Contengan pada  9/22/2007 6:37:50 am oleh eskay
Comments (5)  

Next Page
 

 

 

 

 
 

Design By : eskay 
Credit :
Blogger | Microsoft Frontpage | Adobe PhotoShop | Ulead Photoimpact| ShoutBox | Notepad |

     

Blogdrive